Jamin Store

Selamat Datang


Jamin Store adalah sebuah Rangkaian Hab Makanan Tempatan yang sentiasa komited dalam menjayakan Sistem Rantaian Makanan Tempatan Bernilai bersama-sama anda semua.

                                     Visi

Membangun sistem makanan tempatan yang mampan untuk mencapai jaminan bekalan makanan negara.

                                     Misi

Memperkasakan usahawan tempatan serta memartabatkan produk makanan tempatan demi membangun rantaian bekalan makanan tempatan yang mampan.




Alam Sekitar

Artikel:
 

4 Oktober 2020
Selangor

Aktiviti ke arah pemeliharaan alam sekitar yang di jalankan Jamin Store bersama masyarakat setempat dengan mengumpul dan mengitar semula minyak masak terpakai adalah satu usaha dalam mengurangkan pencemaran air.

Kini sebanyak 51 sungai di Malaysia telah terkorban, ayuh kita pelihara dan pulihara alam sekitar

Jom sertai sebagai Komuniti Daulatkan Makanan dan nikmati pelbagai program komuniti di sediakan oleh JAMIN STORE.


Petani

Artikel:


Aktiviti bersama petani
20 September 2020 

Pihak Pengurusan Jamin Store bersama Pengerusi KOJAMIN dan para Usahawan Pertanian Moden berganding bahu menjalankan aktiviti menuai hasil penanaman jagung di Kuala Selangor.
Hasil tuaian yang menggembirakan, rasa jagung yang segar dan manis.Semestinya hasil pertanian tempatan menjadi pilihan kita semua.


Kempen & Pemasaran

Artikel:


5 Oktober 2020
Selangor

Terima kasih Cik Hamisah kerana sudi mengambil foto produk-produk hasil pertanian dan iks tempatan untuk di masukkan ke dalam website JAMIN STORE bagi meningkatkan kualiti dan kemudahan pengguna yang melayari website JAMIN STORE


Hasil Pertanian Tempatan

Artikel:


1 Oktober 2020
Selangor

Segar Dari Ladang

Telur ayam segar dari
ladang ternakan,
telur burung puyuh segar,
telur ayam kampung &
telur masin (Itik).Semestinya komuniti sekitar gembira menikmati bekalan makanan asas yang segar dan berkualiti dari ladang.


Kenegaraan

Artikel:


16 September 2020
Selangor

Pihak Pengurusan Jamin Store bersama rakan-rakan NGO dan Kelab Usahawan telah sepakat dengan mengadakan program sukan berjalan kaki di Taman Botani Negara, Shah Alam, Selangor sempena Hari Malaysia.


Diet

Artikel:


25 September 2020
Selangor

Program Jom Memasak Bersama Chef Halim telah di adakan secara Siaran Langsung di fan page Jamin Sustainability Academy untuk para komuniti.Bahan masakan yang di gunakan oleh Chef Halim adalah bahan-bahan hasil pertanian dan produk tempatan yang di bekalkan oleh Jamin Store.Semestinya menu sihat menjadi pilihan kita semua.


Pengguna

Artikel:


Komuniti
Selangor

Jamin Store turut peka dengan keadaan semasa serta tidak ketinggalan dalam arus dunia digital dengan menerima tempahan secara atas talian dan memberikan servis penghantaran kepada komuniti, dengan usaha ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan karbon dan menjimatkan kos pihak yang terlibat.



Produk Tempatan Menjadi Pilihan.

Artikel:


Produk Tempatan Menjadi Pilihan adalah kerana dengan sokongan kita semua akan memberikan kesan peningkatan produktiviti pertanian tempatan serta memberikan kesan impak ekonomi dan yang paling utama kecukupan bekalan makanan.Tidak hairanlah kini ramai pengguna di Malaysia mulai menyokong produk dan hasil pertanian tempatan atas kesedaran dan tanggungjawab bagi menjayakan Jaminan Bekalan Negara.Ayuh komuniti semua kita jayakan bersama.













Sertailah Komuniti Daulatkan Makanan Negara dan nikmatilah pelbagai manfaat sebagai komuniti di sediakan.

Untuk pendaftaran boleh di buat secara atas talian melalui laman sesawang:

www.jaminstore.com 

Maklumat lanjut berkaitan Jamin Store juga boleh di dapati di fan page facebook:

Jamin Store

atau layari laman sesawang:

www.jaminstore.com


Terima kasih di ucapkan kepada anda semua





Comments

Popular posts from this blog

Trend anak muda masa kini.Barulah ada gaya....

Khasiat Telur Rebus

Jamin Store, Petani, Iks Dan Komuniti