Posts

8 kelebihan melanggan secara online pada masa kini

Image
Kelebihan melanggan produk hasil pertanian dan produk tempatan di Jamin Store secara atas talian "Online": 1.Para pengguna dapat merancang awal bekalan stok makanan yang di perlukan. 2.Dengan merancang perbelanjaan lebih awal para pelanggan dapat mengimbangkan stok keperluan makanan sesuai dengan amalan diet yang di perlukan setiap isi rumah. 3.Para pelanggan dapat mengelakkan berlaku pembaziran. 4.Kita semua dapat mengurangkan perlepasan karbon. 5.Semestinya kita semua dapat mengurangkan risiko kebolehjangkitan wabak covid19 dengan mengurangkan aktiviti di luar rumah. 6.Dengan kadar jenayah yang kini berada di mana-mana para pelangan lebih selamat melanggan secara online berbanding "walk in" di pasaraya dan sebagainya. 7.Tampak lebih maju, bergaya dan canggih serta memberikan kepuasan bagi pelanggan yang melanggan secara atas talian pada masa kini. 8.Dapat membantu masyarakat untuk menjana ekonomi dengan peluang pekerjaan yang terwujud melalui sistem langganan atas...

Khasiat Telur Rebus

Image
Khasiat Telur Rebus Telur ayam yang di rebus mempunyai khasiat seperti: Potassium, zat besi, folik, vitamin E, zink dan protein. Meningkatkan Kesihatan Otak Pengambilan telur secara rutin juga dapat membantu meningkatkan kesihatan otak. Ini adalah kerana telur rebus adalah sumber ‘choline’ yang baik, iaitu zat yang diperlukan untuk menjaga fungsi otak. Dengan pengambilan ‘choline’ yang terdapat di dalam telur juga dapat membantu menurunkan risiko penyakit otak seperti Alzheimer. Diet Berkesan Menurunkan Berat Badan Masih ramai yang tidak tahu telur rebus dianggap efektif dalam membantu menurunkan berat badan. Selain itu, telur rebus juga mengandungi 80 kalori dan kaya akan protein yang sangat sesuai diambil bagi anda yang sedang diet. Dengan pengambilan telur, anda tidak perlu bimbang kehilangan nutrisi dari makanan. Jom sertai Program Muafakat Kejiranan dengan menikmati  bekalan makanan asas seperti Telur Ayam Segar dan lain-lain dengan kadar harga komuniti yang istimewa: https://...

Galeri Gambar Latihan Kempen Jom Sokong Hasil Pertanian, Perikanan, Penternakan Dan Iks Makanan Tempatan

Image
Galeri Gambar Latihan  Rekaan ini di hasilkan oleh Bahagian Pemasaran Dan Komunikasi Jamin Store

Latihan Pemasaran Hasil Penternakan Tempatan

Image
"Rangkaian Hab Makanan Tempatan" Hari ini jam 8.53 pagi rakan kerjasama Media iaitu JASA Media menghubungi Penternak Lobster Air Tawar dengan tujuan menyatakan ingin menjalankan latihan pemasaran hasil penternakan tempatan dan di terima baik oleh Penternak tersebut. Rasanya pasti menyelerakan dan semestinya hasil penternakan tempatan. Wow... Lobster Air Tawar.... Pernah Rasa? Semestinya hasil tempatan menjadi pililhan.... Pihak kami akan kongsikan maklumat dari semasa ke semasa kepada anda semua....

Trend anak muda masa kini.Barulah ada gaya....

Image
Sokongan komuniti terhadap Jamin Store ada impaknya Hantar makanan sambil bergambar adalah trend positif anak muda masa kini. Barulah ada gaya..... belia positif, pertanian produktif, ekonomi aktif..... Mana tidaknya, dengan peningkatan permintaan komuniti kepada produk dan hasil pertanian tempatan menyebabkan golongan muda dapat beraksi dengan rancak lagi dalam bidang pengedaran makanan.Malah bidang penghantaran makanan kini menjadi pilihan golongan muda pada masa kini berbanding dahulu kerana faktor trend dan bagi mereka satu bidang yang mudah serta menyeronokkan. Hantar makanan? Barulah ada gaya....... Trend positif anak muda masa kini Syabas dan tahniah di ucapkan kepada semua yang terlibat atas sokongan anda. "Rangkaian Hab Makanan Tempatan"

Aktiviti Rakan Petani Jamin Store

Image
Jamin Store "Rangkaian Hab Makanan Tempatan" Aktiviti rakan Petani kita hari ini, PUNCAK 31 Oktober 2020 Kampung Seligi Pasir Puteh, Kelantan Semoga tanaman yang di usahakan beroleh hasil yang baik Ayuh komuniti kita sokong hasil pertanian dan produk tempatan Pautan link tentang PUNCAK: https://www.facebook.com/551993828502895/posts/1251909175178020/

Jamin Store, Petani, Iks Dan Komuniti

Image
  Jamin Store "Rangkaian Hab Makanan Tempatan" Pengagregatan  Jamin Store bercita-cita menjalankan aktiviti pengagregatan dengan mengumpulkan produk dan hasil pertanian tempatan daripada beberapa Penternak, Pekebun, Nelayan, Petani, Peladang dan Iks Makanan Tempatan  bagi tujuan: 1.Usaha sedaya upaya menstabilkan stok bagi kemudahan pengguna. 2.Usaha sedaya upaya menstabilkan produktiviti pengeluaran hasil pertanian dan produk tempatan yang di usahakan secara kecil-kecilan oleh para Petani, Peladang, Nelayan, Penternak dan Iks Makanan Tempatan. Contoh aktiviti yang sedang di laksanakan: Kini Jamin Store telah memulakan aktiviti pengagregatan dengan mendapatkan bekalan lebih daripada satu peladang telur ayam segar dan daging ayam segar bagi melaksanakan usaha sedaya upaya menstabilkan stok bekalan asas kepada pengguna dan komuniti serta membantu peladang-peladang telur dan para penternak ayam daging. Ayuh komuniti kita sokong produk tempatan.